ASSALAMUALAIKUM SAHABAT...

"Salam perkenalan dari ana...
Gadis kampung yang sederhana...
Sekadar ingin berkongsi cerita...
Menghibur hati merawat duka..."


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, January 27, 2011

Alahai si buah labu..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. 
Yang akanku sujud sampai ke akhir hayatku..
Syukur padaNya yang telah dan akan sentiasa memberikanku nikmat demi nikmat kehidupan yang kadangkala melekakanku.. Namun aku akur pada kelemahan diri yang lemah.. Tapi tak bermakna aku mesti terus membiarkan diriku hanyut dalam arus kenikmatan duniawi.. Inilah ujian buatku sebagai hambanya...


Tersenyum aku sendirian tatkala teringat kenangan demi kenangan di saat kecilku.Sungguh indah walaupun mungkin hanya akan 'disenyum sinis' kan oleh kanak-kanak di zaman sekarang. Namun aku bangga. Aku bangga dilahirkan di kampung. Entah kenapa,bagiku kehidupan di kampung lebih jauh bermakna daripada hidup di bandar dalam keadaan serba menyesakkan. Inilah aku. Seorang gadis kampung...


Sewaktu usiaku mencecah 3 tahun, itulah zaman yang paling manis dalam hidupku. Menjalani kehidupan di kampung yang jauh dari kebisingan kota membuatkan segala yang kulalui terasa indah. Terasa seperti dunia ini aku, kakak dan abangku yang punya. Bawah rumah,atas pokok dan dalam semak adalah syurga kami waktu itu. Maklumlah, sewaktu kecil,kami tidak punya ramai kawan dan tak dibenarkan bebas berjalan-jalan. Dari kecil ma sangat menitikberatkan aktiviti harian kami. Kamilah adik-beradik,dan kami jugalah sahabat. Segalanya dikongsi bersama. Panjat pokok, main masak-masak, lastik burung, main congkak, segalanya kami lakukan bersama. Cuma yang bezanya, ma tidak akan membenarkanku pergi jauh sepertimana abang dan kakak memandangkan aku masih kecil ketika itu walaupun hanya berbeza satu tahun dari usia kakak.


Pernah suatu petang sebaik sahaja bangun dari tidur,aku terdengar bunyi basikal abang berkeriuk di depan rumah. Dalam keadaan pening-pening, kujengah keluar dan kelihatan abangku sedang menggagahkan diri memegang basikal sedangkan kakakku sedang memanjat basikal di belakang untuk membonceng."Ish, tak boleh jadi ni.." Aku segera bergegas ke dapur mencari ma. Ketika itu ma sedang sibuk mengemas di dapur. "Ma, pokloh ngan nadia nak gi mane?" Aku takut mereka akan meninggalkanku lagi seperti kebiasaan. "Alah.. tak payah ikutlah. Ila kan kecik lagi.. Duk rumah je dengan ma ye.." Ma membalas dengan lembut. Mungkin ma sudah dapat menduga niatku bertanya. Namun jiwa keanak-anakanku mula memprotes. Kenapa setiap kali,hanya kakak saje yang dibawa? Kenapa tidak aku? Aku dah besar. Adakah abang hanya menyayangi kakak seorang? Aku juga dah boleh panjat basikal macam kakak. Seribu persoalan menerjah akal kecilku. Aku mula merengek di balik almari kayu buatan ayah. Waktu itu, itulah satu-satunya almari yang ada di rumah kami. Pakaian kami hanya disusun di atas rak besi,namun cukup rapi terlipat. Itulah salah satu kelebihan ma yang tidak dapat aku nafikan. Hasil kerjanya sentiasa rapi dan memuaskan.


Ma cuma membiarkanku memberontak sendirian dan meneruskan tugas hariannya tanpa sebarang reaksi.Dari berdiri sampai terduduk. Dari terduduk sampai tergolek. Aku sengaja buat begitu untuk menarik perhatian ma. Tapi hampa.


Aku mula menangis. Jiwaku memberontak atas ketidakadilan itu. Kakiku mula menendang-nendang almari kayu. Sesaat terleka, aku menggolek-golekkan badanku ke bawah almari. Sekadar untuk menguji muat atau tidak tubuhku meloloskan diri ke bawah almari yang boleh tahan kukuhnya itu. Seronok walaupun pipi sudah basah dengan air mata. Terlupa seketika tentang abang dan kakak yang mungkin sedang seronok bermain di rumah kawan-kawan atau mungkin sedang mencari dahan yang sesuai untuk dibuat lastik baru. Namun sebaik sahaja melihat ma yang sedang asyik menyusun gelas, hatiku kembali panas. Semakin lama semakin kuat tendangan kakiku pada almari sehinggakan tiba-tiba...


Gedebuk! "Aduh..."sebiji labu menghempap kepalaku.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan ibu menyusun labu atau kelapa yang baru dipetik di atas salah satu sudut almari itu. Cuma aku yang tidak menyangka labu itu boleh tergolek keluar dan jatuh menghempap kepalaku.. Aduhai si buah labu. Kenapalah aku yang jadi mangsa... Namun hanya tiga patah perkataan saje yang mampu aku ucapkan waktu itu. "Padan muka aku...". 







No comments:

Post a Comment